UNIT 1 : PENGATURCARAAN

1.1 KEGUNAAN ATUR CARA KOMPUTER

Atur cara komputer ialah satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu.Sesetengah perkakasan harian mempunyai komputer benam.Komputer benam ini mempunyai atur cara komputer yang menentukan cara perkakasan tersebut berfungsi.Kegunaan atur cara ini adalah untuk memastikan perkakasan tersebut dapat melaksanakan tugas mengikut tetapan.

1.2 LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN DAN SET ARAHAN

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN IKAN SIAKAP UNTUK DIGORENG

1.sediakan ikan untuk digoreng

2.buang sisik ikan

3.belah bahagian perut ikan

4.keluarkan isi perut dan insang

5.basuh ikan hingga bersih

6.sekarang ikan sedia untuk di goreng

 

MINUMAN PANAS DARIPADA MESIN MINUMAN LAYAN DIRI

Masukkan duit berdasarkan harga minuman.Buat pilihan jenis minuman.Tekan butang minuman pilihan.Tunggu sehingga air selesai dituang.ambil minuman.

1.Terima duit

2.Nyatakan jenis minuman yang boleh dibeli berdasarkan jumlah duit yang dimasukkan.

3.Terima jenis pilihan jenis minuman.

4.Laksanakanlangkah penyediaan minuman yang dipilih.

5.Keluarkan minuman.

6.Keluarkan baki wang,jika ada.

Aktivitiharian mempunyai langkah- langkah tertentu mengikut urutan.Setiap langkah perlu dipatuhi untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.Set arahan atur cara komputer juga mempunyai arahan-arahan tertentu mengikut urutan.Setiap arahan mesti dilaksanakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

1.3 SET ARAHAN BAGI AKTIVITI HARIAN

Satu set arahan yang lengkap dapat membantu pelaksanaan aktiviti harian dengan teratur.Set arahan yang berbeza boleh digunakan untuk melaksanakan satu aktiviti harian yang sama.

 

Advertisements

MODUL 1:SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

UNIT 1:RANGKAIAN KOMPUTER

1.1 KONSEP RANGKAIAN

RANGKAIAN ialah unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain.Contoh rangkaian adalah seperti rangkaian adalah seperti rangkaian laluan udara dan siratan makanan.

RANGKAIAN KOMPUTER ialah sekumpulan komputer dan peranti berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain untuk tujuan CAPAIAN MAKLUMAT,KOMUNIKASI dan PERKONGSIAN SUMBER.Melalui rangkaian,kita dapat mengakses data,perisian dan peranti yang terdapat pada komputer lain.

1.2 RANGKAIAN BERWAYAR DAN TANPA WAYAR

Rangkaian komputer terdiri daripada RANGKAIAN BERWAYAR dan RANGKAIAN TANPA WAYAR.

1.3 KEGUNAAN RANGKAIAN

Satu  daripada kegunaan rangkaian komputer adalah untuk CAPAIAN MAKLUMAT.Contoh capaian maklumat adalah melayari laman web.

RANKAIAN KOMPUTER juga boleh digunakan untuk BERKOMUNIKASI.Antara contoh komunikasim melalui rangkaiankomputer ialah E-MEL,BUAL MAYA dan SIDANG MAYA.

Satu lgi kegunaan rangkaian komputer adalah untuk PERKONGSIAN SUMBER.Perkongsian sumber seperti perkongsian perisian dan peranti yang diperlukan. Perkongsiansumber juga memudahkan serta mempercepatkan capaian dan penyebaran sumber.

1.4 MEMBUAT ILUSTRASI MODEL RANGKAIAN

Perkakasan seperti komputerdan pencetak boleh disambung dalam rangkaian berwayar dengan menggunakan suis.Perkakasan juga boleh disambungkan dalam rangkaian tanpa wayar dengan menggunakan titik capian tanpa wayar.